Wahabi itu apa ? Bagaimana IMAN Wahabi ? Apa ciri-ciri Wahabi? Kenapa wahabi AMAT MERBAHAYA kepada AGAMA & NEGARA?








• Nama wahabi diambil berdasarkan nama seorang ulama terkenal Abdul Wahab. Anak ulama ini iaitu Muhammad Abdul Wahhab ( 1703 -1797 M ) terpengaruh dengan fahaman MUSYABBIHAH @ MUJASSIMAH ( menyerupakan Allah dengan makhluk seperti menyatakan Allah bertempat, ada tangan indah yg tak serupa makhluk, Allah di Arasy, Allah ada muka indah yang tak serupa makhluk dll) kerana beliau banyak membaca & terpengaruh dengan ideologi Ibnu Taimiyah, ulama ikutan wahabi yang wahabi GHULUW.

• Ibnu Taimiyah atau nama sebenarnya Taqiyuyuddin Ibnu Taimiyah (1262-1327 M) yang berfahaman MUSYABBIHAH selepas gangguan saraf otak selepas berjihad di perang TARTAR telah menulis semua FATWA SESATNYA semasa berada di Penjara First Class dengan bantuan muridnya, Ibnu Qayyim.

• IMAN bagi fahaman MUSYABBIHAH @ wahabi ini ialah BID’AH DOLALAH @ KAFIR BATIN berdasarkan hadis nabi : “Barangsiapa menokok tambah sesuatu dalam agama maka ia tertolak.” Wahabi menokok tambah bahawa Allah bertangan & beranggota yang indah, bertempat dll sedangkan Nabi & para sahabat TIDAK PERNAH mengatakan Allah beranggota yang indah, bertempat dll.

• Wahabi cuma ada AMALAN ISLAM ( solat, puasa, haji, zakat & cabang Islam spt tutup aurat , muamalah Islam, munakahat Islam, undang2 Islam dll) tapi IMAN ROSAK ( AQIDAH ROSAK ) & TIADA IHSAN ( TASAUF) iaitu syarat agama seperti dalam hadis kedua dari hadis Arbain syarah Imam Nawawi agama itu tiga iaitu IMAN, ISLAM & IHSAN.

• Pengenalan Wahabi @ Musyabbihah :
Setiap yang bertauhid RUBBUBIYAH, ULUHIYYAH @ ASMA’ WAS SIFAT ( tauhid 3 ) adalah wahabi @ Musyabbihah.



• Ciri-ciri TAUHID 3 ( versi wahabi @ musyabbihah ) antaranya :

1) MENSYIRIKKAN ALLAH dengan menyatakan Allah bertempat ( di langit yang akan hancur pada hari kiamat ), Allah beranggota indah tak serupa makhluk dll.

2) MENGKAFIRKAN Nabi Adam kerana berdoa BERTAWASUL dengan Nabi Muhammad sebagai lambang HORMAT & KASIHNYA kepada Nabi Muhammad. ( Wahabi kata siapa berdoa dengan BERTAWASUL itu KAFIR BATIN @ BID’AH DOLALAH. )

3) MENGKAFIRKAN Nabi Muhammad kerana berdoa BERTAWASUL dengan Nabi Adam & orang mukmin sebagai lambang HORMAT & KASIHNYA kepada Nabi Adam & orang mukmin. ( Wahabi kata siapa berdoa dengan BERTAWASUL itu KAFIR BATIN @ BID’AH DOLALAH. )

4) MENGKAFIRKAN Nabi Muhammad kerana MEMULIAKAN orang lain…seperti BERDIRI ketika menyambut kedatangan anak & sahabatnya & melarang sahabat memanggil hamba kepada hamba abdi sebaliknya disuruh panggil JARIAH ( gadisku ) @ pemudaku @ pemudiku @ bujangku.

5) MENGKAFIRKAN Nabi Muhammad kerana membaca 3 TAUZ sebagai USAHA PELINDUNG DIRI untuk mengambil BERKAT ayat Al Quran ( BUKAN Qasad Al Quran beri KUASA ). Tauhid 3 wahabi kata siapa buat macam tu KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ).

6) MENGHINA Nabi Muhammad dengan menyatakan kedua ibubapa nabi KAFIR.

7) MENGHINA Nabi Muhammad dengan menyatakan baginda TIADA IRHAS & SYAFAAT. Wahabi kata siapa percaya Nabi ada IRHAS @ SYAFAAT KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ) kerana GHULUW @ SEMBAH Nabi.

8) MENGHINA Nabi Muhammad dengan MENGHARAMKAN memanggil “SAIDINA” ketika tahiyat. Sesiapa yang panggil ‘SAIDINA Muhammad’, wahabi kata orang itu KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ) kerana terlalu mengagungkan ( GHULUW @ SEMBAH ) nabi. Tapi yang PELIKNYA wahabi memanggil tok guru wahabi SYEIKHUL ISLAM ( tuan Islam ), Tuan Guru, Dr, MAULANA ( tuan kami ), dll. Kesian….wahabi MENGKAFIRKAN diri mereka sendiri.

9) MENGHINA Nabi Muhammad dengan menyatakan sesiapa yang membaca : “AYYUHAN NABI “ pada tahiyat jadi KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ) kerana MENYERU ROH macam Cina Kafir seru roh nenek moyang mereka.

10) MENGHINA Nabi Muhammad dengan menyatakan sesiapa yang MENZIARAHI MAQAM Nabi jadi KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ) kerana GHULUW @ SEMBAH Nabi kerana Nabi TIDAK PERNAH menziarahi MAQAMNYA….nabi cuma ziarah maqam sahabatnya….

11) MENGHINA Nabi Muhammad dengan menyatakan sesiapa yang menyambut Maulidur Rasul KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ) kerana GHULUW @ SEMBAH Nabi Muhammad tapi sambut kelahiran tok guru wahabi yang wahabi GHULUW ( Muhd Abd Wahhab ) itu BOLEH pulak…

12) MENGKAFIRKAN S. Umar yang bersolat tarawikh 20 rakaat. Wahabi kata siapa solat tarawikh 20 rakaat KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ).

13) MENGKAFIRKAN Ibnu Abas yang MENTAKWILKAN AL Quran ( wahabi kata HARAM TAKWIL….sesiapa yang TAKWIL dihukumkan KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH )..kena ambil bulat-bulat seperti di dalam Al Quran contohnya dalam Al Quran kan ada tertulis yang haram cuma daging khinzir & darahnya…jadi wahabi kata KULIT KHINZIR boleh dibuat jaket & kasut….TULANG KHINZIR wahabi buat sup….).


14) MENGKAFIRKAN Imam Mazhab yang 4 kerana TAAT PEMERINTAH kejam yang menyiksa Imam 4 Mazhab kecuali Imam Syafie. Pemerintah Imam 4 Mazhab itu berfahaman MUKTAZILAH. Antara fahaman MUKTAZILAH ialah menyatakan Allah WAJIB buat yang BAIK & TERBAIK….jadi neraka yang TERBURUK itu BUKAN ALLAH jadikan…kata Muktazilah. Tauhid 3 versi wahabi kata siapa TAAT PEMERINTAH yang TAGHUT jadi KAFIR BATIN ( BID’AH DOALAH ).

15) MENGKAFIRKAN orang Islam yang SEDEKAH FATIHAH, YASIN @ TAHLIL @ sedekah harta dengan niat nak bagi pahala kepada si mati kerana Tauhid versi Wahabi kata itu maknanya SERU @ SEMBAH arwah sebab takut arwah cekik kita…macam kafir SERU @ SEMBAH ROH sebab takut roh hantu itu cekik dia…

16) MENGKAFIRKAN sesiapa yang mengamalkan SYARAT AGAMA yang ketiga seperti dalam hadis kedua dari hadis Arbain syarah Imam Nawawi iaitu IHSAN ( atau dipanggil TASAUF ). Tauhid 3 wahabi kata semua orang Islam termasuk ULAMA yang mengamalkan syarat ketiga beragama ini iaitu IHSAN ( atau dipanggil TASAUF ) adalah KAFIR BATIN ( BID’AH DOLALAH ).

17) MENGKAFIRKAN sesiapa yang TAQLID MAZHAB @ IKUT FATWA Ulama kerana wahabi kata sesiapa yang BERTAQLID MAZHAB @ IKUT FATWA ulama ialah PENYEMBAH ULAMA itu…kesiann….wahabi SEMBAH ULAMA mereka kerana mengikut ulama….itulah…suka MENGKAFIRKAN ASWJ…BERBALIK TUDUHAN tu ke atas diri WAHABI sendiri…bukti :

Dalam buku IBNU TAIMIAH ( ulama UTAMA yang wahabi TAQLID @ GHULUW ) berjudul : “Risalatul Wasithah dari Majmu’ul Risalah”, cetakan Al Khanji, tahun 1323 H, di ms 46 menegaskan seseorang ISLAM itu jatuh KAFIR @ MUSYRIK jika BERPANDUKAN @ TAQLID @ GHULUW kepada mana-mana ULAMA termasuklah IBNU TAIMIYAH.

18) Dll…byk lagi….

• Bahaya Tauhid 3 versi wahabi :

1) MEMBUNUH ASWJ…( contohnya semasa peringkat awal wahabi bertapak di seluruh Tanah Hijjaz & perang saudara yang berlaku semuanya angkara wahabi ).

2) MENGIKTIRAF KRISTIAN & YAHUDI sebagai agama samawi. Wahabi MENGHALALKAN NIKAH KRISTIAN & makan sembelihan KRISTIAN (Buku Rujukan : FIQH AL-AWLAWIYYAT oleh Yusuf Qaradhawi ( tokoh wahabi ). Tujuan agar membenarkan Yahudi & Nasrani masuk campur hal negara spt yang berlaku di Arab Saudi sekarang.


• Buku Rujukan Umum :
1) Aliran Dakwah di Malaysia terbitan Karya Bestari oleh Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, Pusat Pendidikan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.
2) Gerakan Pembaharuan Islam oleh Dr Mohd Radzi Othman & Dr O.K. Rahmat terbitan Univ Sains Malaysia.
3) Pembaharuan Islam di Malaysia oleh Kamarul Azmi Jasmi terbitan Univ Teknologi Malaysia.
4) Islam di Malaysia oleh Haji Dusuki bin Haji Ahmad , SKTI Malaya terbitan AL-HILAL.
5) Islam di Nusantara oleh Dr Haji Abdullah Ishak.
6) Sejarah Islam di Indonesia oleh Dr Wan Ahmad D.S.
7) Islam di Kelantan terbitan Persatuan Sejarah Malaysia.


• Buku Rujukan Wahabi :

1. Sharh Al Aqidah Al Wasitiyyah – Ibnu Taimiyah ( Imam yang wahabi GHULUW ).
2. Risalatul Wasithah - Ibnu Taimiyah.
3. Book of Faith ( terjemahan dari Hakikatul Tauhid Ibnu Taimiyah ) translated by Salman Hassan Al Ani & Shadia Ahmad Tel.
4. "Malamih al-Mujtama' al-Muslim Allazi Nansyuduhu" oleh Yusuf Qaradhawi (tokoh wahabi ) terbitan Maktabah Wahbah, Kaherah.
5. Bida'ah & Syirik terjemahan Jasmin Entreprise oleh Yusuf Qaradhawi.
6. Tazkirah Para Pendakwah terbitan Al Hidayah Publishers oleh Yusuf Qaradhawi.
7. Al Ijtihad Fissyariatail Islamiyah oleh Yusuf Qaradhawi.
8. Fiqh Al Awlawiyyat oleh Yusuf Qaradhawi.
8. Al Fatwa Bayna Al-Indibat oleh Yusuf Qaradhawi.
9. Pembaharuan Fekh Abad 21 oleh Yusuf Qaradhawi.
10. Al-Marja’ijjah Al ‘Ulya Fil Islam lil Quran Was sunnah oleh Yusuf Qaradhawi.
11. Pemisah Antara Iman & Kufur oleh TGNA – wahabi Msia.
12. Kenal Pembeza Hak & Batil oleh TGNA –wahabi Msia.
12. Inilah Aqidah Mukmin oleh ust Hadi Awang –wahabi Msia.
13. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-tokohnya oleh Dr Asri Zainal Abidin ( MAZA ) -wahabi Msia.
Category: 5 comments

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ko ni bia btol tgna wahabi..men nk tduh jer...

Tanpa Nama berkata...

yusuf qaradawi pun hang kata tokoh wahabi.aku rasa penulis ni ja kot ahli sunnah dalam dunia ni.
bagi la senarai nama ulama yang ahlisunah di sini

Tanpa Nama berkata...

bangang punya statement, adakah Yusof qadarawi dikatakan tokoh wahabi ..... ini baru betul-betul bangang !

Tanpa Nama berkata...

Bnyk yg berideologi wahabi ni tak sedar pun cara fikirnya kewahabian, mungkin Muhammad Bin Abdul Wahab pun tak kenal.
Ideologi wahabi ni simple, baca Quran dan Hadis sahih sahaja, paham ikut sendirilah, tafsirannya ikut suka sendiri juga, tak payah nak rujuk sana sini, tak payah nak rujuk ulama' sana sini, belajar agama boleh pakai buku aje, dah boleh jadi alim besar, siapa siapa tak sependapat dgn dia tu jahil dan sesat, tak paham Quran dan Hadis, kan simple tu.

Tanpa Nama berkata...

Play casino site in South Africa ▷ Betting at casino site - LuckyClub
Welcome luckyclub.live to our page dedicated to our very best. For you to place a bet online with our platform, you need to make sure your deposit is

Catat Ulasan